Sejarah PlayStation 5

Berita terawal berkenaan PS5 dihebahkan oleh ketua arkitek Mark Cerny dalam sebuah wawancara bersama-sama pihak majalah Wired pada April 2019.[2] Pada Oktober 2019, pihak Sony mengumumkan bahawa konsol itu akan dilancarkan di seluruh dunia menjelang akhir 2020. Pada bulan itu juga, ciri-ciri perkakasan konsol itu juga diumumkan.[3] Maklumat ciri-ciri yang menyeluruh telah diuar-uarkan oleh pihak Sony pada 18 Mac 2020.[4]

Pihak Sony telah merancang sebuah pertunjukan berkenaan PS5 pada 6 Jun, tetapi ditunda ke 11 Jun berikutan perkembangan protes George Floyd pada masa itu, dengan kenyataan bahawa pihak Sony akan "berundur supaya suara-suara yang lebih penting dapat didengari."[5][6]

Rujukan

WikiPedia: PlayStation 5 https://www.ign.com/articles/sony-delays-ps5-june-... https://blog.playstation.com/2020/06/08/updated-ti... https://blog.us.playstation.com/2019/10/08/an-upda... https://blog.us.playstation.com/2020/03/18/unveili... https://www.playstation.com/en-us/explore/ps5/ https://www.sie.com/corporate/release/2019/191008.... https://www.wired.com/story/exclusive-sony-next-ge... https://web.archive.org/web/20190421080115/https:/... https://web.archive.org/web/20191008122839/https:/... https://web.archive.org/web/20191020135157/https:/...